Wednesday, 24 February 2016

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera dari kami staf-staf Teraju A&S Bina Sdn. Bhd,

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat berinteraksi antara satu sama lain walaupun ianya bukan secara bersemuka.

Dengan ini, kami berkongsi sedikit peringkat kemajuan syarikat Teraju A&S Bina (TASB) yang sebenarnya sudah berkhidmat dalam bidang ini sejak tahun 2006 lagi. TASB sebelum ini juga dikenali sebagai Teraju A&S Bina Enterprise dimana kami bermula dengan projek kecil-kecilan sahaja. Antaranya ialah dilantik sebagai kontraktor sokongan bagi kerja-kerja plaster, ikat batu dan pemasangan kerangka pintu beserta daun pintu di asrama pelajar New Castle University Edu City Nusa Jaya Johor, dilantik sebagai kontraktor sokongan bagi kerja-kerja perumahan rakyat 1 Malaysia di Tanjung Sepang Kota Tinggi , dilantik sebagai kontraktor sokongan bagi kerja-kerja sistem perparitan di Kilang minyak sawit Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan sebagainya. 

Dengan usaha yang berterusan ini, kami terus maju membina nama Teraju A&S Bina Sdn Bhd sebagai syarikat kontraktor utama. Perkhidmatan yang di tawarkan adalah seperti berikut :


  • Kerja Pembinaan
  • Pembersihan Bangunan
  • Kerja Jalan
  • Kerja Landskap
  • Kontrak Buruh
  • Membekal Bahan Binaan
  • Kerja Elektrik
  • Kerja Perpaipan


Kami mengharapkan doa dari anda semua supaya syarikat kami sentiasa maju ke hadapan. Aamiin.


Teraju A&S Bina Sdn. Bhd.
No. 5-5A, Jalan Kirana 1,
Taman Kirana,
86100 Ayer Hitam,
Johor Darul Takzim.
Tel : 018-580 1703 / 07-758 2922 / 07-758 2722
Fax : 07-758 2216
Email : terajuansbina7878@gmail.com
https://www.facebook.com/TerajuBina Sdn Bhd
http://www.terajuansbina7878.wix.com/tasb